Thursday, November 19, 2009

RAHSIA MEMPELAJARI SILAT KALIMAH PANGLIMA TANGKAS

Rahsia Mempelajari Silat Kalimah Panglima Tangkas


Sesiapa saja yang mampu menerima dan dapat menguasai secara keseluruhannya ilmu dan ajaran Silat Kalimah mestilah mereka itu:

a) taat kepada Allah, Rasulullah dan keluarga Rasulullah.

b) mereka mestilah ikhlas seperti menyerahkan dirinya untuk Allah, kepada Allah, dan
kerana Allah, dan

c) berani, bertanggungjawab, sanggup menerima amanah, berjanji setia dan jujur.

Sesiapa saja yang belajar ilmu dan ajaran Silat Kalimah, mereka akan diuji dengan cubaan dan dugaan sehinggalah mereka mencapai tahap kesempurnaan insan yang tinggi.

AMARAN

# ujian itu kalau mereka gagal, mereka akan sombong, bongkak, hebat dan tinggi diri.
merekalah yang terbaik dan jalan mereka melalui jalan syaitan.


Kepada mereka yang berjaya, selidikilah diri kamu dan keturunan kamu kerana mereka yang berjaya adalah keturunan yang hebat-hebat belaka sebelum ini sebagai contoh:

a) keturunan Nabi dan Rasul,

b) keturunan Sultan yang adil, dan

c) keturunan Panglima yang berjasa.

Inilah ungkapan dan rahsia yang harus didedahkan kepada masyarakat umum yang selama ini ilmu dan ajaran Silat Kalimah yang telah disimpan begitu baik lagi rapi.
Pendedahan ini adalah untuk kita dapat mencari kebenaran dan keadilan mengenai ilmu dan ajaran Silat Kalimah yang sebenar.

Kesimpulan sejarah dan rahsia Silat Kalimah telah dihubungkait dengan begitu sempurna sekali di mana ianya tidak boleh dipisahkan bak kata pepatah, “Kalau dicincang pun ianya tidak akan dapat diputuskan”.

Ianya amat intim dan cukup bermakna sekiranya para pembaca dan para pencinta serta pengamal Silat Kalimah dapat memberi perhatian sehingga ianya menjadi manis dalam penghayatan ilmu dan ajaran Silat Kalimah.Sepertilah kata-kata hari ini-dua dalam satu.

No comments: