Thursday, November 19, 2009

Penerangan Logo Kalimah Panglima Tangkas

LOGO KALIMAH PANGLIMA TANGKAS :











5.1 Tafsiran logo/lambang adalah seperti berikut:-

5.1.1 Padi digunakan sebagai simbol bahawa Pertubuhan ini berasal daripada Negeri jelapang padi yakni Kedah. Warna kuning digunakan sebagai menandakan ia berasal daripada istana, yakni permainan kesultanan Kedah. Ia juga simbol falsafah Pertubuhan ini iaitu “mengikut resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi.”



5.1.2 27 butir padi di kiri dan kanan menandakan 27 buah pukulan asal di dalam peringkat pertama di dalam silat Pertubuhan ini.



5.1.3 Bulan sabit dan bintang 14 melambangkan Pertubuhan ini adalah warisan mutlak untuk umat Islam dan boleh dipelajari oleh semua umat Islam tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara. Bintang di dalam lambang ini mempunyai 14 cabang yang mana membawa maksud bilangan negeri di Malaysia.



5.1.4 Kelewang membawa pengertian senjata rasmi yang digunakan dalam Pertubuhan ini.



5.1.5 Warna-warna yang perbagai di dalam lambang juga membawa pengertian tersendiri seperti berikut:-



i. Merah – Setiap pesilat mempunyai sifat berani dan gagah dalam mempertahankan kebenaran.

ii. Biru – Setiap pesilat perlu mewujudkan dan menguatkan perpaduan di antara sesama ahli Pertubuhan, ahli beladiri lain dan seluruh masyarakat.

iii. Hijau – Setiap pesilat di dalam Pertubuhan ini beragama Islam dan membawa peribadi-peribadi mulia sesuai dengan kehendak Islam. Warna ini juga melambangkan ketenangan yang perlu disemaikan di dalam diri setiap ahli.

iv. Kuning – Seni Silat Pertubuhan ini berasal daripada permainan istana Kedah.



5.2 Cogankata Pertubuhan ini adalah “Hidup Bersama Mengembang Dan Menyatu”

No comments: