Saturday, December 24, 2011

Alamat baru.

Alamat baru kami 24A Ting.1 Jln Pasar Baru 1 off Jln Meru 41050 Klang, Selangor

Saturday, November 21, 2009

menghadapi serangan pisau

kalimah berhadapan dengan serangan pisau - latihan

Thursday, November 19, 2009

SEJARAH RINGKAS

SEJARAH RINGKAS


Syed Abdullah Rafaei Qibrari ( Syeikh Tajred ) – Ulama dan Pendakwah Islam
 dari Hadral Maut Yaman, mengislamkan Sultan Kedah ke III.

Sultan Muzaffar Syah

Sultan Ahmad Tajudin – Kesultanan Kedah

Panglima Tok Ismail

Panglima Tok Ali

Panglima Tok Hadi

Panglima Tok Rashid – Panglima Kesultanan Kedah.

Tok Guru Pak Yahya Said.
I______Utz Hanafi - Silat Cekak
I______Cg Azmi Long - Kalimah Malaysia -- Cg Mazlan Man Silat Kalam
I______Pak Zohdi - Kalimah Yahya Said __
I______Pak Muslim - Kalimah Amin ______I
I______Pak Johari - Kalimah Yahya Said __I
                                                                  I
                          Cg.Elmi Azham Shah b. M/Abd. Razak
                                       Kalimah Panglima Tangkas

RAHSIA MEMPELAJARI SILAT KALIMAH PANGLIMA TANGKAS

Rahsia Mempelajari Silat Kalimah Panglima Tangkas


Sesiapa saja yang mampu menerima dan dapat menguasai secara keseluruhannya ilmu dan ajaran Silat Kalimah mestilah mereka itu:

a) taat kepada Allah, Rasulullah dan keluarga Rasulullah.

b) mereka mestilah ikhlas seperti menyerahkan dirinya untuk Allah, kepada Allah, dan
kerana Allah, dan

c) berani, bertanggungjawab, sanggup menerima amanah, berjanji setia dan jujur.

Sesiapa saja yang belajar ilmu dan ajaran Silat Kalimah, mereka akan diuji dengan cubaan dan dugaan sehinggalah mereka mencapai tahap kesempurnaan insan yang tinggi.

AMARAN

# ujian itu kalau mereka gagal, mereka akan sombong, bongkak, hebat dan tinggi diri.
merekalah yang terbaik dan jalan mereka melalui jalan syaitan.


Kepada mereka yang berjaya, selidikilah diri kamu dan keturunan kamu kerana mereka yang berjaya adalah keturunan yang hebat-hebat belaka sebelum ini sebagai contoh:

a) keturunan Nabi dan Rasul,

b) keturunan Sultan yang adil, dan

c) keturunan Panglima yang berjasa.

Inilah ungkapan dan rahsia yang harus didedahkan kepada masyarakat umum yang selama ini ilmu dan ajaran Silat Kalimah yang telah disimpan begitu baik lagi rapi.
Pendedahan ini adalah untuk kita dapat mencari kebenaran dan keadilan mengenai ilmu dan ajaran Silat Kalimah yang sebenar.

Kesimpulan sejarah dan rahsia Silat Kalimah telah dihubungkait dengan begitu sempurna sekali di mana ianya tidak boleh dipisahkan bak kata pepatah, “Kalau dicincang pun ianya tidak akan dapat diputuskan”.

Ianya amat intim dan cukup bermakna sekiranya para pembaca dan para pencinta serta pengamal Silat Kalimah dapat memberi perhatian sehingga ianya menjadi manis dalam penghayatan ilmu dan ajaran Silat Kalimah.Sepertilah kata-kata hari ini-dua dalam satu.

VISI dan MISI PSSKPT

VISI

Membantu Masyarakat Meningkatkan Nilai Kehidupan
Melalui Beladiri Silat.

MISI

1. Membina Keperibadian Positif melalui Skill Latihan Kami
2. Menyalurkan Tenaga Secara Positif, Selamat, dan Memberi Sokongan untuk Perkembangan Positif Mental dan Fizikal.
3. Sumber Inspirasi dari Kecemerlangan Peribadi Ahli Pesilat.
4. Misi Kami Berdasarkan ‘ Student – Oriented ‘

TUJUAN

Ilmu Silat - Memperolehi Ilmu Beladiri yang Berguna, Bermutu Sesuai dengan Keperluan Rohani dan Jasmani
Dakwah - Sah Amalanku dengan Fae’li, Qauli dan Qalbi.
Menyatukan Masyarakat Dunia - Dibawah Panji – Panji Kebenaran.
Budaya - Mengekalkan Budaya Melayu Islam Berlandaskan Syarak
Negara - Menyerlahkan Budaya Pahlawan Melayu

OBJEKTIF

1.Menjadikan Seni Silat Sebagai Panji Jatidiri Bangsa Melayu.
2.Membentuk Semangat Kepahlawanan Bangsa Menjadi Kuat
3.Senaman Silat Membantu Mencapai Ciri – Ciri Kehidupan Yang Sihat Sejahtera.
4.Membentuk Akhlak Mulia Islam Dalam Diri Pesilat

Penerangan Logo Kalimah Panglima Tangkas

LOGO KALIMAH PANGLIMA TANGKAS :











5.1 Tafsiran logo/lambang adalah seperti berikut:-

5.1.1 Padi digunakan sebagai simbol bahawa Pertubuhan ini berasal daripada Negeri jelapang padi yakni Kedah. Warna kuning digunakan sebagai menandakan ia berasal daripada istana, yakni permainan kesultanan Kedah. Ia juga simbol falsafah Pertubuhan ini iaitu “mengikut resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi.”



5.1.2 27 butir padi di kiri dan kanan menandakan 27 buah pukulan asal di dalam peringkat pertama di dalam silat Pertubuhan ini.



5.1.3 Bulan sabit dan bintang 14 melambangkan Pertubuhan ini adalah warisan mutlak untuk umat Islam dan boleh dipelajari oleh semua umat Islam tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara. Bintang di dalam lambang ini mempunyai 14 cabang yang mana membawa maksud bilangan negeri di Malaysia.



5.1.4 Kelewang membawa pengertian senjata rasmi yang digunakan dalam Pertubuhan ini.



5.1.5 Warna-warna yang perbagai di dalam lambang juga membawa pengertian tersendiri seperti berikut:-



i. Merah – Setiap pesilat mempunyai sifat berani dan gagah dalam mempertahankan kebenaran.

ii. Biru – Setiap pesilat perlu mewujudkan dan menguatkan perpaduan di antara sesama ahli Pertubuhan, ahli beladiri lain dan seluruh masyarakat.

iii. Hijau – Setiap pesilat di dalam Pertubuhan ini beragama Islam dan membawa peribadi-peribadi mulia sesuai dengan kehendak Islam. Warna ini juga melambangkan ketenangan yang perlu disemaikan di dalam diri setiap ahli.

iv. Kuning – Seni Silat Pertubuhan ini berasal daripada permainan istana Kedah.



5.2 Cogankata Pertubuhan ini adalah “Hidup Bersama Mengembang Dan Menyatu”

Tuesday, November 17, 2009

Demo Di Stadium Melawati Shah Alam 23.03.2009

Demo Ahli pertubuhan
-Click utk menonton-